TERMA DAN SYARAT PEMBATALAN PAKEJ UMRAH
UMRAH2GO MALAYSIA
1. Wang Pendahuluan RM1,000 seorang dan bayaran kedua adalah 80% daripada harga penuh pakej dibuat dalam masa 2 minggu selepas pendaftaran dibuat. Bayaran penuh mesti dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas.
2. Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer / bank draf / cek /tunai terus kepada akaun syarikat seperti berikut;
2. Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer / bank draf / cek /tunai terus kepada akaun syarikat seperti berikut;
No Akuan : 5621 0684 3749
Nama : MUNAWWARAH MANAGEMENT
3. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan sekiranya perlu dengan ataupun tanpa notis.
4. Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana jemaah dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia dan bayaran pakej tidak akan dikembalikan.
PAKEJ UMRAH TERMASUK
1. Tiket penerbangan mengikut pilihan pakej yang dibuat.
2. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
3. Kos visa dan perlindungan insurans bagi warganegara Malaysia dan penduduk tetap.
4. Penginapan,pengangkutan, makan dan minum mengikut pilihan pakej.
5. Lain-lain yang dinyatakan
PAKEJ UMRAH TIDAK TERMASUK
1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (Porter) , hotel, dan perkhidmatan tambahan lain sepanjang tempoh pakej ini.
2. Penggantian bagasi atau barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan adalah dibawah tanggungan jemaah sendiri.
3. Sebarang perubahan kadar matawang asing atau kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang,surcaj bahan api dan kenaikan kos visa.
4. Makan dan minum semasa transit (jika ada) melainkan dinyatakan khusus.
5. Tambahan kos visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
6. Caj bagi urusan pengesahan dokumen sokongan bagi jemaah bermahram.
PEMBATALAN PAKEJ
1. Jika pembatalan dibuat selepas tempahan penginapan atau penerbangan atau permohonan visa atau lain-lain perkhidmatan yang berkaitan maka bayaran deposit tidak akan dikembalikan. Kadar caj adalah merujuk kepada Jadual Ke Empat Akta Industri Perlancongan 1992.
2. Penukaran tarikh pakej akan memberi kesan kepada perubahan harga atau caj tambahan.
3. Caj RM 300 akan dikenakan sekiranya set bagasi dan Buku Panduan Umrah yang dipulangkan tidak dalam keadaan asalsemasa ia diserahkan.
JADUAL KEEMPAT (Subperenggan 6(l) (m) (ii)
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN
3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mestisecara bertulis bagi mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai :
PEMBATALAN DITERIMA | CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP ORANG |
35 - 49 hari sebelum tarikh berlepas | 50% daripada harga |
Kurang dari 34 harisebelum tarikh berlepas | Tiada pemulangan |
Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma&Syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan pembelanjaan tambahan yang tertanggung.